Saya mendapat manfaat dari SGI Vacation Club kerana fasiliti yang terdapat di penginapan “home-based” SGI VC amat memuaskan terutama cucu kami yang sukakan kolam renang. Kami juga beruntung sebab lokasi penginapan “home-based” yang terletak di “hometown” kami iaitu Sitiawan dan Kuantan. Maka kami sudah mempunyai penginapan yang selesa apabila balik bercuti di Sitiawan (Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut) dan Kuantan (Swiss-Garden Beach Resort Kuantan).